Kota Kinabalu , 20 April 2024 – YBhg. Dato’ Azlan bin Johar, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM telah menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024, Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis ini telah dihadiri kira-kira 25,000 orang hadirin yang disajikan dengan pelbagai jenis juadah istimewa serta persembahan kaum dan etnik di Sabah.
Majlis sambutan Aidilfitri peringkat Kebangsaan ini yang bertemakan ‘Perpaduan Melalui Perayaan’ anjuran Kementerian Perpaduan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah ini menandakan bermulanya Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024.
Turut hadir ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin bersama isteri, YAB Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M. Jasni; YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah; YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air; YB Datuk Aaron Ago anak Dagang, Menteri Perpaduan Negara; YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan; YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM; Barisan Jemaah Menteri, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Pusat dan Negeri Sabah.




