Putrajaya, 3 Mac 2023- Kelab Kebajikan Silaturahim Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri (BKSF,JPM) telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Bilik Mesyuarat MTEN, Setia Perdana 5.
 
Mesyuarat telah berlangsung dengan lancar dan ahli-ahli Kelab telah melaksanakan tanggungjawab membuat undian memilih perlantikan barisan baharu Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Kelab bagi tahun 2023.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Razillah bin Abdullah mantan Pengerusi Kelab Kebajikan Silaturahim BKSF, JPM dan barisan AJK atas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang menguruskan hal ehwal kebajikan ahli Kelab BKSF, JPM. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua kepimpinan yang baru dilantik. Diharapkan semoga kepimpinan baru dapat menjalankan tugas dengan penuh cemerlang dan dedikasi demi menjaga kemaslahatan bersama.
Skip to content