Putrajaya, 4 April 2024 – Puasa bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.
Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.Justeru itu, Program Ihya’ Ramadan ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.
Aktiviti Ihya’ Ramadhan 1445H anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi BKSF (K-SURF) kali ini ialah Tadarus Al-Quran dan Tazkirah Ramadan. Sesi Tadarus Al-Quran diadakan di Pejabat BKSF pada setiap hari bermula pukul 1.00 petang selama sejam dan disertai oleh kakitangan Jabatan yang berkelapangan masa. Sesi tadarus ini diadakan secara berkumpulan dan dibaca bergiliran sehingga khatam Al-Quran.
Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan dan turut disertai oleh YBhg Dato’ Azlan Johar, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM. Dalam majlis yang sama, turut berkongsi Tazkirah Keberkatan Amalan di Bulan Ramadan yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Farkhan bin Ahamad Rasmi yang dihadiri oleh warga jabatan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content