Mesyuarat Sesi Pra Pemeriksaan Bajet Projek Pembangunan (DE) Rolling Plan 1(RP1) RMKe-13 Tahun 2026
Putrajaya, 21 Januari 2025 – YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA JPM telah mempengerusikan Mesyuarat Sesi Pra Pemeriksaan Bajet Projek Pembangunan (DE) Rolling Plan 1(RP1) RMKe-13 Tahun 2026 bagi Projek Sambungan dan Baharu.
Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan permohonan projek/program FELDA dinilai, dikaji dan memastikan bahawa anggaran perbelanjaan serta rancangan kewangan yang dimohon dari FELDA adalah wajar, efisien dan selaras kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat iaitu Malaysia menjadi peneraju ekonomi di Asia dan peningkatan darjat kehidupan rakyat. Turut hadir sama adalah Pengarah-pengarah Jabatan FELDA, Pegawai FIC IPM, wakil FELDA, wakil FIC IPM dan wakil BKSF, JPM
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content