Sesi Audit Interim Kewangan FELDA 2024 dan Lawatan Tapak ke Projek Pembangunan FELDA di Wilayah Kuantan
Wilayah Kuantan, 13 – 15 Mei 2025 – YBrs. Encik Zulkarnain bin Abd Kadir, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF,JPM) telah menghadiri Sesi Audit Interim Kewangan FELDA 2024 dan Lawatan ke Tapak Projek Pembangunan FELDA di Wilayah Kuantan bersama-sama Pasukan Audit daripada Jabatan Audit Negara, Jabatan Perdana Menteri (JAN,JPM)
Kehadiran ini adalah bagi memastikan ketepatan dan kejelasan maklumat serta memberi gambaran yang jelas berkenaan prestasi semasa projek pembangunan FELDA kepada auditor.
Penglibatan aktif BKSF, JPM dan JAN, JPM dalam sesi ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan FELDA dilaksanakan dengan berkesan, berintegriti dan memberi manfaat optimum kepada peneroka, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content