Jerantut, 7 Mei 2025 – Unit Perladangan, Seksyen Dasar dan Tadbir Urus Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah menganjurkan Kursus Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices -GAP) pada 6 hingga 7 Mei 2025 (Selasa hingga Rabu) di FELDA Residence Tekam, Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Jerantut, Pahang (PPPTR). Seramai 50 orang kakitangan BKSF, JPM telah mengikuti kursus di bawah peruntukan Pelan Operasi Latihan (POL).
Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman pegawai berhubung penyelidikan dan pembangunan dalam sektor pertanian bagi tanaman kelapa sawit, memberi pendedahan dan peluang untuk melihat dengan lebih dekat berkenaan kaedah pertanian baik FELDA dan mempelajari kaedah agronomi pertanian ‘Weed Solut-ion’ ladang sawit.
Hari Pertama peserta telah dibawa melawat ke Kompleks Bahan Tanaman bagi melihat proses biji benih serta tanaman anak pokok oleh Encik Muhammad Siddiq Bin Zainol Abidin, Lead, Seed Production PPPTR, FGV Agri Services Sdn Bhd. Latihan praktikal telah diadakan pada sesi petang di nurseri semaian pokok untuk melihat sendiri sistem pengairan, penaman biji benih, teknik pembajaan dan sistem penakaian. Kursus hari pertama diakhiri dengan demonstrasi proses pendebungaan yang disampaikan oleh Hassan Bin Osman, Lead Nursery, FGV Agri Services Sdn Bhd.
Hari kedua peserta telah diberi penerangan berkenaan pengurusan rumpai lestari dan perosak bersepadu oleh Encik Mohd Rozmi bin Mamat, Ketua Teknikal dan Pemasaran FGV Agri Services.
Turut hadir Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian BKSF, JPM, YBhg Datuk Hisamuddin bin Mohd Sujak, Penyelaras Seranta FELDA (Komuniti) BKSF, JPM dan Encik Noor Hisham bin Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif FGV R&D merangkap Ketua PPPTR.






