Serdang, 8 Julai 2025- Seksyen Khidmat Pengurusan, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF,JPM) telah mengadakan Kursus Pemerkasaan Pengurusan Dokumen dan Pengawalseliaan berkaitan FELDA melalui Kecerdasan Buatan AI bermula pada 7 dan 8 Julai 2025 di Makmal Komputer Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Kursus ini disertai kira-kira 40 orang peserta bagi sesi pertama.
 
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai berkaitan pengurusan dokumen dan pengawalseliaan berkaitan FELDA dengan lebih cepat dan efisien dengan menggunakan AI. Pengisian kursus telah diberikan oleh kursus telah diberikan oleh Prof. Dr. Rusli bin Haji Abdullah mantan Pensyarah UPM dan Dr. Syed Abdul Rahman Al-Haddad Syed Mohamed, Pensyarah UPM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content