MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PENYELARASAN PINDAAN AKTA 530 BIL. 1/2025
Putrajaya, 16 Januari 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyelarasan Pindaan Akta 530 Bilangan 1 Tahun 2025 telah diadakan buat kali pertama pada tahun ini. Ia dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (TKSUK, JPM) dengan ahlinya terdiri daripada wakil-wakil daripada JPM (Pejabat Penasihat Undang-Undang, Bahagian Pembangunan serta Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik,Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Bahagian Kawal Selia FELDA, JPM (BKSF, JPM), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan FELCRA Berhad. Mesyuarat ini diurusetiakan oleh BKSF, JPM.
Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Tetap Pemandu telah hadir termasuk ahli baru seperti berikut:
(i) YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri (TKSU (P) JPM) dan YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan (TKSU (KP) JPM) sebagai Pengerusi Ganti;
(ii) YBhg. Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman, Pengarah Besar FELDA sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap;
(iii) Encik Muhamad Fade’li bin Abdul Shukor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, JPM sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap;
(iv) Puan Normalia binti Ibrahim, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, JPM sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap; dan
(v) Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, JPM (BKSF JPM) sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ini diadakan secara berkala iaitu dua (2) kali setahun atau mengikut keperluan bertujuan untuk menyelaras gerak kerja dan hala tuju semakan dan pindaan Akta 530.
Antara perkara yang dibincangkan adalah dapatan Sesi Libat Urus bersama Pemegang Taruh dan Pihak Berkepentingan bagi Tujuan Semakan dan Pindaan Akta 530 yang telah diadakan di tiga (3) zon, hala tuju menangani isu-isu kawasan penempatan berkelompok (GSA) serta cadangan dasar dan hasrat FELDA berkaitan GSA.
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Abdul Aziz bin Mohd Johdi, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Kemajuan, Pengurusan dan Perundangan (SKPP), JKPTG dan Puan Mastura binti Abdul Manap, Pengarah Jabatan Pengurusan Tanah FELDA.
 
 
 
      
Skip to content