MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN SUKAN DAN REKREASI BKSF
(K-SURF) TAHUN 2025-2026
Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi BKSF (K-SURF) Jabatan Perdana Menteri Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama BKSF dan dihadiri oleh seramai 68 orang ahli K-SURF yang merupakan warga Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat Agung Tahunan ini bertujuan untuk membentangkan Laporan Aktiviti sepanjang tahun 2024 serta Laporan Penyata Kewangan K-SURF yang berakhir pada 31 Disember 2024.
Antara pengisian utama mesyuarat ini adalah pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2025-2026 dan pembubaran Ahli Jawatankuasa 2023-2024. Selain itu juga, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kebajikan K-SURF dan cenderahati kepada ahli jawatankuasa lama.
Turut hadir pada mesyuarat kali ini adalah Penaung K-SURF, YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria (Setiausaha Bahagian BKSF, JPM) dan Penasihat K-SURF, YBrs. Puan Che Suhaini binti Che Abas (Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar dan Pengurusan,BKSF).
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa K-SURF sesi 2023/2024 atas dedikasi dan komitmen yang telah diberikan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2025/2026.




