Alor Setar,13 Julai 2026-YBhg Puan Alita binti Abu,Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan dan Komuniti), Bahagian Kawal Selia FELDA Jabatan Perdana Menteri bersama pegawai -pegawai dari BKSF telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Rohana binti Abu Bakar, Pengarah FELDA Wilayah Alor Setar bertempat di Pejabat Felda Wilayah Alor Setar.
Tujuan sesi kunjungan hormat ini sebagai wadah memperkukuh hubungan strategik, mempererat jalinan kerjasama serta bertukar pandangan berkaitan perkara-perkara yang berkepentingan bersama.
Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kerjasama antara organisasi demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang dan berkesan.





