23 Jun 2026 – YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) telah mengadakan lawatan kerja bagi tujuan pemantauan projek pembangunan di Wilayah Johor Bahru.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai status semasa pelaksanaan projek serta menilai kemajuan pembangunan secara terus di lapangan. Pemantauan projek pembangunan ini memberi ruang untuk perbincangan bersama pihak pengurusan berkaitan isu-isu semasa serta langkah penambahbaikan yang diperlukan.
Komitmen berterusan BKSF, JPM dalam memastikan pelaksanaan projek pembangunan ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup komuniti FELDA secara menyeluruh. Pendekatan ini adalah selaras dengan nilai-nilai teras Malaysia MADANI yang menekankan *KESEJAHTERAAN*.
Skip to content