KELAB KEBAJIKAN, SUKAN DAN REKREASI BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA, JABATAN PERDANA MENTERI
– Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi, Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM) (K-SURF) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan harmoni pada 4 Julai 2025.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian BKSF. Majlis seterusnya adalah ucapan oleh Encik Mohd. Zulkarnain bin Abd. Kadir, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan & Komuniti) yang menyampaikan ucapan terakhir beliau sebelum bertugas di Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Biggest Loser, penyampaian sijil penghargaan daripada pihak JPM serta penyerahan sumbangan kelab kepada Tuan TSUB (Pembangunan & Komuniti) sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau di BKSF, JPM.
Turut diraikan sambutan hari lahir warga BKSF bagi bulan Januari hingga Jun. Sesi pemeriksaan kesihatan juga diadakan kepada warga BKSF oleh Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia JPM. Majlis diakhiri dengan jamuan potluck yang disediakan oleh setiap seksyen di BKSF, JPM.
 
✨ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga BKSF yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus diperkukuh demi kecemerlangan bersama.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content