Putrajaya, 26 Jun 2026 – Unit Sumber Manusia, Seksyen Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Program Semarak Minda BKSF Siri 3/2026 bertempat di Aras -2,Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana. Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari itu berjaya menghimpunkan seramai 50 orang pegawai melibatkan seluruh warga Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF,JPM).
Program yang dijadualkan berlangsung sebulan sekali ini bertujuan meningkatkan kecekapan komunikasi lisan pegawai, menggalakkan perkongsian ilmu serta pengalaman kerja, menyemai budaya pembelajaran berterusan, dan mewujudkan suasana kerja yang lebih kolaboratif serta bermotivasi tinggi.

Dengan konsep santai, ringkas dan interaktif, sesi ini memberi peluang kepada pegawai untuk mengasah kebolehan berucap di khalayak, selain memperkukuh kemahiran menyampaikan dasar serta penerangan isu semasa ketika bertugas.
Bagi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Nur Nadia binti Nor Halim dari Unit Pelaburan Seksyen Dasar dan Tadbir Urus, BKSF, JPM dengan tajuk “ Strategi Rasionalisasi Aset FELDA menerusi projek Sunrise”.Perkongsian ini bagi memahami strategi dan pendekatan rasionalisasi aset FELDA dalam memperkukuh kemampanan organisasi,mengoptimumkan sumber serta meningkatkan nilai aset secara strategik.
Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan positif daripada warga BKSF. Semoga dengan adanya program seperti ini menjadi platform memperkukuh hubungan silaturrahim, menambah baik kerjasama antara pegawai, serta memudahkan kerja pada masa hadapan.




