TAKLIMAT PERANCANGAN TAHUN 2025 BAHAGIAN KAWAL SELIA FELDA,JABATAN PERDANA MENTERI
Putrajaya, 17 Januari 2025 – YBrs. Encik Ahmad Tarmizi bin Zakaria, Setiausaha Bahagian, BKSF, JPM telah menyampaikan Taklimat Perancangan Tahun 2025 yang dihadiri 70 orang pegawai BKSF, JPM bertempat di Dewan Serbaguna, Setia Perdana 1.
Dalam ucapan beliau berharap agar semua warga BKSF dapat mewujudkan aura kerja yang positif dan seronok bekerja. Ini sekaligus menjadi pemangkin dan kekuatan untuk warga BKSF terus beristiqamah dan beriltizam melaksanakan perkhidmatan dengan lebih cemerlang dan berintegriti dalam menjalankan amanah yang ditetapkan sepanjang pada tahun 2025 ini.
Beliau juga menyeru warga BKSF untuk sentiasa berusaha untuk membangunkan pasukan kerja yang teguh dan komited. Bagi mewujudkan impak positif yang berterusan, sikap yang baik, komitmen, motivasi dan kesungguhan adalah ramuan yang amat penting dalam membina kejayaan.
Dalam majlis yang sama turut diadakan ceramah berkaitan Kenali Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) yang disampaikan oleh Tuan Mohamad Nasrudin bin Mohamed,Timbalan Presiden Tribunal bagi Antigangguan Seksual.(TAGS).